I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 05, 2011

PROJEK BANTAL (Kru 666)

JUMAAT 2.12.2011

Jam tepat 10 malam, kami Azree,Alfee,Asyraf dan Atoi dari kru PENGEMBARAAN ALAM GHAIB yang mewakili kru 666 penyingkap fakta bergerak ke ibu kota KUALA LUMPUR untuk recce kawasan yang sesuai semua kru dan sukarelawan berkumpul setelah diarah oleh abang Mazidul Akmal Sidik tempoh hari.




Kami tiba di lokasi jam 10.30 malam berhadapan pasaraya MYDHIN cahaya suria KUALA LUMPUR. Selang beberapa minit ustaz din tiba di lokasi bersama kami, disusuli 2 orang ustaz dari KASTURI SYIFA' iaitu ustaz hafiz dan ustaz musleh bersama membantu dalam PROJEK BANTAL malam itu. Lebih 50 wakil sukarelawan dari kru 666, Kakitangan syarikat Percetakan Nasional Berhad (PNB), Perawat Kasturi Syifa' , pelajar mass communication Segi College dan beberapa kru Penyingkap Fakta berada di lokasi.

Jam 11 abang Mazidul Akmal Sidik tiba di lokasi.

2 orang anggota polis ini juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan bantal untuk Projek Bantal pada malam tersebut. Terima kasih kepada En.Azhar yang banyak membantu pada malam tersebut.
Sedikit penerangan yang diberikan oleh abang Mazidul Akmal Sidik kepada sukarelawan-sukarelawan yang hadir pada malam tersebut. Pengagihan tugas juga telah diberi.



Ketika abang Mazidul tiba di lokasi jam 11 malam disambut oleh perawat Kasturi Syifa' dan lain2. Kelihatan Ustaz Hafiz, Ustaz Din, Ustaz Musleh dan En.Azhar begitu semangat dan ceria pada malam Projek Bantal.

Kehadiran En.Azhar juga sedikit sebanyak dapat membantu kru dan Sukarelawan yang hadir dapat meletakkan kenderaan dengan mudah pada malam tersebut.


Bro Razali memberikan sedikit penerangan kepada semua yang terlibat.

Kak long jet juga bersemangat seperti kaum2 adam yang lain... Kekadang Kak long jet memberanikan diri melakukan perkara yang tidak dijangka oleh kru 666 yang lain.

Shah (Boy) dan Asyraf seperti badang mengangkat bantal dan juga sleeping bag.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada rakan abang Mazidul Akmal Sidik bernama Badrul Hisham Mohd Yusof kerana sudi memunggah majoriti barangan sumbangan pembaca blog ini menggunakan kenderaan pacuan 4 rodanya MITSUBIHSI TRITON dari kota damansara ke Kuala Lumpur pada malam tersebut.


Kesemua sukarelawan berkumpul dan meletakkan barang2 kedalam bag untuk diberi kepada gelandangan.

Sukarelawan dari PNB ini mula bergerak ke lokasi gelandangan yang sedang tidur.

Stage 1 : Sumbangan pertama dari sukarelawan diagihkan kepada gelandangan, kelihatan beberapa gelandangan sungguh ceria dengan sumbangan yang diberi pada malam tersebut.

Adam yang membawa seorang kakitangan ELS Healthcare Services membantu gelandangan-gelandangan yang tidak berapa sihat. Terima kasih kepada adam dan rakan.



Apakah yang difikirkan oleh gelandangan tersebut? mana arah tuju mereka yang sebenar?

Gelandangan yang mempunyai anak kecil, khabarnya setiap malam mereka hanya tidur di bawah jambatan di ibu kota.

Tidak dapat bayangkan bagaimana anak kecil ini tidur di bawah jambatan sebagai gelandangan.

Atoi tidak melepaskan peluang memberikan barang sumbangan kepada gelandangan.

Bacaan doa dari Ustaz Din setelah selesai Projek Bantal

Kru 666 bersama sukarelawan yang lain sempat bergambar sebelum semua berangkat pulang pada jam 2 pagi.

Gelagat kru 666 ketika bergambar, apa yang dilakukan adam? hehehehehe

FREESTYLE!! terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat memberi sumbangan dan juga membantu pengagihan PROJEK BANTAL pada malam tersebut.

Kisah ini juga ada di blog MAZIDUL AKMAL SIDIK.



SEBELUM DAN SELEPAS

No comments: