PENJAGA GOL!!
Penjaga gol.. adalah benteng terakhir setiap pasukan bola sepak di seluruh pelusuk dunia.
Apa yang aku ingin kongsikan bersama hari ini, Bekas-bekas penjaga gol kebangsaan yang pernah membantu pasukan kebangsaan kita suatu ketika dahulu. Anda masih ingat?? siapa??
KENANGAN!!
KHAIRUL AZMAN MUHAMED
Lahir pada : 5 march 1968
Berasal dari : Kuantan Pahang (Malaysia)
Ketinggian : 6 kaki 1 inci
Mula bermain dengan pasukan Pahang pada tahun 1985 hingga 1995. (Banyak sumbangan yang diberikan oleh Khairul Azman pada ketika itu. Dan dia mula berpindah ke pasukan Sabah pada tahun 1995 hingga 2005. Mewakili pasukan Kebangsaan pada tahun 1991 hingga 1997.
Banyak kenangan pahit manis yang dilaluinya ketika menjadi penjaga gol Pahang,Sabah dan kebangsaan Malaysia.
Seleapas itu beralih kepada azmin azram aziz yang tidak kurang hebatnya ketika menjaga gawang pasukan kebangsaan malaysia.
Azmin Azram Abdul Aziz
Lahir pada : 1 April 1976
Berasal dari : Taiping, Perak (Malaysia)
Ketinggian : 5 kaki 11 inci.
Mula bermain dengan pasukan Kuala Lumpur pada tahun 1993-1998 dan berhijrah ke pasukan negeri sembilan untuk satu tahun pada 1999 kemudia dia ke Selangor pada tahun 2000 hingga 2003. Pada 2004 hingga 2005 Azmin Azram Aziz bersama Pahang. Bersama pasukan kebangsaan Malaysia pada 1994 hingga 2005. Banyak jasa dan bakti yang diberikan oleh Azmin Azram Azizi pada ketika itu.
Kemudian kita beralih kepada penjaga gol seterusnya SYAMSURI MUSTAPHA
SYAMSURI MUSTAPHA
Lahir pada : 6 Februari 1981
Berasal dari : - (Malaysia)
Ketinggian : 5 kaki 11 inci.
Syamsuri memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Terengganu. Dia membantu Terengganu untuk menjadi naib juara Piala FA Malaysia pada 2004. Pada tahun ini juga Syamsuri berjaya menempatkan diri selaku penjaga gol terbaik Malaysia dan berjaya merampas posisi nombor satu penjaga gol Malaysia yang dipegang Azmin Azram Aziz.Bersama Malaysia, Syamsuri bermula sebagai penjaga gol nombor dua dibelakang Azmin Azram Aziz. Dia antara pemain yang pernah beraksi bersama Brazil pada tahun 2002. Syamsuri mula beraksi sebagai penjaga gol utama pada kejohanan Piala Tiger 2004. Selepas itu, dia mula menjadi pilihan sebagai penjaga gol utama Malaysia. Pada Sukan Asia Tenggara 2003 (kejohanan untuk pasukan bawah 23 tahun), Syamsuri menjadi penjaga gol pertama Malaysia yang berjaya menjaringkan gol di peringkat antarabangsa. Dia menjaringkan gol tersebut ketika perlawanan separuh akhir menentang Vietnam.Pada musim 2005/06, Syamsuri telah dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Popular dan Pemain Popular dalam Anugerah Bolasepak Malaysia Coca-Cola FAM 2005-2006.Pada musim berikutnya, Syamsuri gagal menempatkan diri dalam skuad Piala Asia 2007 Malaysia. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Terengganu telah menggantungnya dari menyertai mana-mana perlawanan bola sepak atas masalah disiplinnya. Sejak itu, Syamsuri gagal menempatkan diri dalam skuad Malaysia. Tambahan pula penghijrahannya ke Pahang mengakibatkan prestasinya merudum.Pada tahun 2009, Syamsuri berhijrah ke T-Team. Dia kemudian menerima panggilan untuk kelayakan Piala Asia 2011 bersama pasukan Malaysia.
KEMUDIAN.. PENJAGA GOL KEBANGSAAN YANG SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN SEKARANG. KHAIRUL FAHMI CHE MAT.
KECERMELANGANNYA DIBANGGAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
Lahir pada : 7 Januari 1989
Berasal dari : Kota Bharu, Kelantan (Malaysia)
Ketinggian : 5 kaki 6 inci.
Khairul Fahmi Che Mat (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) dikenali sebagai Apek merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bertindak sebagai penjaga gol yang bermain untuk Kelantan FA di dalam Liga Super Malaysia dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dalam kejohanan itu, beliau berjaya menyambut sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki.
Pencapaian Cemerlangnya:
2010 AFF Suzuki Cup : Winners2011
Southeast Asian Games - Football : Gold Medal Winners
HARAPAN TINGGI MENGGUNUNG OLEH PEMINAT SELURUH MALAYSIA MENGHARAPKAN PASUKAN KEBANGSAAN KITA BOLEH PERGI LEBIH JAUH DAN MELAYAKKAN DIRI KE PIALA DUNIA SUATU HARI NANTI InsyaAllah...
JATUH BANGUN, MENANG ATAU KALAH.. KAMI AKAN TETAP MENYOKONG!!
3 comments:
tak lengkap ni..mana r.arumugam? rashid hassan...
mmg tak lengkap bro... ni cerita kisah start khairul azman... kalau nak buat ikut dari zaman dulu tak terbuat.. ;)
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
Post a Comment