1.10.2011 adalah tarikh yang dinantikan aku dan rakan-rakan kru PENYINGKAP FAKTA yang lain untuk membuat kajian PARANORMAL di satu kawasan yang dikenali orang ramai terletaknya di NEGERI SEMBILAN iaitu ULU BENDUL & BUKIT PUTUS.
Pelbagai kejadian tragis yang berlaku di ULU BENDUL, kisah 3 beradik yang dihanyutkan kepala air begitu deras dan laju. Bila melihat gambar 3 beradik itu bagaikan tidak menahan sebak dan ingin menitis air mata dengan apa yang berlaku pada tragedi itu. KISAHNYA ADA DISINI: TRAGEDI ULU BENDUL
BUKIT PUTUS pula pelbagai kejadian-kejadian aneh berlaku ketika memandu pada waktu malam disana. Cerita masyarakat dari mulut ke mulut masih belum menjelaskan dan membuktikan kesahihan sebenar apa yang ada di BUKIT PUTUS pada waktu malam. BERHANTU? ada bukti? tiada buat masa ini, cuma bualan mulut masyarakat setempat menjadikan kita terlalu taksub mendengarnya dan menyebarkan maklumat yang tanpa bukti kukuh itu kepada orang lain.
Pertama sekali aku ingin berkongsikan pengalaman aku sebagai pengkaji dunia paranormal bersama abang Mazidul Akmal Sidik dan rakan-rakan kru PENYINGKAP FAKTA yang ingin merungkai kejadian-kejadian aneh di 2 tempat berbeza itu pada 1.10.2011 tempoh hari. Aku dan 2 orang lagi adik dan abang aku, tidak lupa juga rakan karibku saudara Qaiyum atau dikenali sebagai Atoi yang mewakili kru PAGparanormal Malaysia (Pengembaraan Alam Ghaib Paranormal Malaysia) terpilih untuk menjadi kru PENYINGKAP FAKTA 666 di bawah kendalian abang Mazidul Akmal Sidik untuk menyingkap fakta-fakta yang ada di ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS.
Sebaik sahaja kami tiba dilokasi BUKIT PUTUS untuk mencari kawasan-kawasan hot spot untuk kajian pada malam hari,kami sempat diterangkan oleh abang mazidul akmal sidik menceritakan sedikit kisah-kisah BUKIT PUTUS yang dia ketahui.Pelbagai cerita dan kisah abang Mazidul Akmal kongsikan kepada kami,Terima Kasih diucapkan kepada abang Mazidul dengan kelebihan dia ada sebagai wartawan dikenali ramai di malaysia.
Selepas selesai perkongsian cerita dari abang mazidul kisah-kisah BUKIT PUTUS kami sempat bergambar dengan kesemua 8 kru PENYINGKAP FAKTA 666 dengan 2 insan Fact Finders terpilih mengikuti kami membuat kajian PARANORMAL di ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS.
Jadi, apa yang sebenarnya ada di ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS pada waktu malam? cerita-cerita dan kisah-kisah mistik lagi bermisteri itu kru PENYINGKAP FAKTA 666 akan merungkai segalanya. Nantikan sambungan kisah ini.
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment