I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU PIJAK GARUDA!!!


TAHNIAH!!

TAHNIAH KEPADA PASUKAN HARIMAU MUDA KITA YANG TELAH BERJAYA MEMBAWA PULANG IBU SEGALA PINGAT SUKAN SEA PADA TAHUN 2011 DI INDONESIA.

Banyak perkara kurang senang dan kurang enak diperkatakan selama temasya sukan sea diadakan. Keracunan makanan, masalah pengadil berat sebelah, rakyat indonesia tidak hormat lagu kebangsaan negara dan sebagainya. Yang menjadi tumpuan kita pada kali ini adalah PASUKAN HARIMAU MALAYA KITA YANG BERJAYA MENUTUP MULUT PENYOKONG-PENYOKONG FANATIK INDONESIA YANG MENCACI,MEMAKI,MENGUTUK PASUKAN KEBANGSAAN KITA, kemenangan adalah segalanya. Harimau muda telah menunjukkan taringnya setelah menewaskan GARUDA buat kali ke-3 berturut-turut pada tahun 2011 selepas kejohanan piala suzuki AFF awal tahun lalu yang dikendalikan jurulatih K.Rajagobal.

Kali ini, pasukan yang dibimbing ketua jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, Ong Kim Swee telah berjaya membawa pingat emas sukan sea yang amat bermakna! Menumpaskan pasukan tuan rumah di peringkat akhir sukan sea di sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Sebelum itu pada peringkat kumpulan, pasukan kebangsaan kita juga telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah indonesia 1-0 kali ke-2 dan melenyapkan 100,000 penyokong!! dan pasukan kebangsaan kita menjadi johan kumpulan bertemu myanmar dan berjaya menewaskan 1-0 di peringkat separuh akhir dan selepas itu kita bertemu semula pasukan garuda yang dikatakan begitu terlalu yakin boleh menewaskan pasukan HARIMAU MUDA kita dengan 5-0 kata jurulatih indonesia itu dengan bongkak.

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!


No comments: