PAGparanormal bergerak aktif mencari setiap pergerakan Entiti dan juga membuat kajian kewujudan Alam Ghaib yang penuh dengan mistik. Titik permulaan kami menubuhkan pasukan paranormal pada tahun 2008 ketika kami bergerak disuatu kawasan tinggal di Ampang Jaya, dan pada ketika itu diwakili oleh 3 beradik ALFEE,ALFEE,ASYRAF dan salah seorang daripada sepupu mereka YUSRI, dalam rakaman video dan juga audio visual kami kedengaran suara halus seperti membisik di video rakaman kami. Pada ketika itu tiada seorang yang perasan akan suara tersebut.Setelah kami muat turunkan video tersebut di komputer, suara tersebut kedengaran agak jelas dan pada ketika itu kami hanya ada 4 orang sahaja... dan suara tersebut menjadi orang yang ke-5. Selepas pada itu minat mendalam kami 3 beradik terhadap Kajian PARANORMAL terus menjadi serius,walau pada mulanya kami hanya sekadar memenuhi masa lapang kami. Dan seterusnya itulah titik permulaan kami bergerak di waktu malam dan mencari tempat-tempat tinggal yang usang menjadi lokasi kajian kami dengan menggunakan alat-alat saintifik yang telah kami beli untuk membuat kajian. SETERUSNYA... (bersambung)
No comments:
Post a Comment