I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 03, 2012

APARTMENT BERHANTU?

Lokasi: ( R )

Seperti biasa.. Team Pengembaraan Alam Ghaib (Paranormal Malaysia) terus melakukan tinjauan terakhir bagi tahun 2011 sebelum 2012 membuka tirai.
Kru PAG yang diwakili oleh saudara @Alfee,Azree,Asyraf,Atoi,Mirol dan jemputan seorang dari rakan kami Asyraff Zainon juga turut hadir untuk bersama-sama melakukan tinjauan di apartment dikatakan berhantu.

Pelbagai kisah mistik yang berlaku di apartment ini. Hasil maklumat yang kami terima dari sebuah forum, ceritanya sangat menarik. Apartment ini pernah dijadikan tempat pelajar kolej menetap pada suatu ketika dulu. Gangguan demi gangguan yang berlaku, dan menyebabkan kematian, Apartment itu terpaksa dikosongkan sehingga kini.

Jadi.. jom kita lihat gambar-gambar tinjauan Kru Pengembaraan Alam Ghaib pada 30.12.2011.


KRU PAG

KRU PAG berkumpul

Bergerak masuk ke lokasi.

Penggunaan IR thermometer sedikit sebanyak membantu perubahan suhu pada waktu itu.

Apartment usang

Keadaan sangat mengerikan pada waktu malam di apartment tersebut.

Bergerak ke tingkat atas, kesemua kru berhati-hati ketia naik ke atas, memandangkan pagar di setiap tingkat apartment sudah tiada.

Di tingkat 5, kedengaran tapak kaki sedang berjalan pada waktu itu, juga diselangi bunyi pintu dihempas dari tingkat atas.

Keselamatan KRU diutamakan.

(Lihat gambar di atas) tiada pagar dan membahayakan pergerakan kru.

Kelihatan bangkai burung di anak tangga tingkat 3 bangunan tersebut.

Alfee memasang kamera cctv infra merah untuk memantau dan merakam setiap pergerakan entiti.

3 kru ditinggalkan di tingkat 5 apartment tersebut.

Gambar kru PAG.

Segala hasil rakaman video tersebut akan di paparkan di channel youtube PAG dalam waktu terdekat.

2 comments:

Linda the Octoberist said...

sangat mendebarkan dan teruja all at the same time. tak sabar nk tgk keputusan findings kali ni

AzReE & MyRa said...

hehehe terima kasih linda.. apa yang kami lakukan.. segala tinjauan dan kajian akan dikongsi bersama anda semua... ;)