Labbaikallallahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik
Pemergian kedua orang tersayang ke tanah suci mekkah ayahanda dan bondaku untuk menunaikan HAJI tidak terungkap dik kata-kata olehku pada 27.10.2011 jam 1.25 pagi.
JAM 11 malam 26.10.2011, aku mengazankan untuk mereka berangkat keluar dari rumah menuju ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, terasa sayup dihati dan sebak didada yang teramat sangat, tetapi aku tetap menahan sebak itu sehingga menaiki kenderaan.Tiba di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jam 11.30 malam kami tetap ceria bersembang bersama mereka.Setelah membuat register di kotak KT80 kami semua menunggu dengan penuh tabah menanti jemaah HAJI untuk dipanggil jam 1.30 pagi untuk masuk ke dalam kompleks berkenaan.
Tepat Jam 1.25 pagi... jemaah-jemaah haji beratur panjang untuk berbaris masuk ke dalam kompleks,penerangan sedang diberikan oleh pegawai keselamatan di situ, hatiku mula terasa berdebar dan sayu melihat riak wajah kedua ayahanda dan bondaku.Apa yang boleh ku katakan, hanya berdoa semoga kedua ayahanda dan bondaku sihat sejahtera dan diperolehi HAJI mabrur.Selepas pintu hadapan dibuka jam 1.30 pagi, kedengaran laungan Labbaikallallahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik yang sangat menyentuh hatiku dan berginang air mataku melihat kedua ayahanda dan bondaku mula mengheret bag mereka menuju ke barisan hadapan, pelukan,dakapan dan ciuman aku terhadap ayahanda dan bondaku pada pagi itu tidak seperti sebelum ini yang pernah aku lakukan, tatapan wajah kedua-dua mereka tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan kata-kata, aku hanya berdiam tanpa mengeluarkan kata-kata, dan abangku juga adiku airmata mereka mula membasahi bumi sambil memohon maaf segalanya apa yang terbuku dihati.
Bergerak mereka didalam barisan, kami hanya mampu melihat mereka beratur dengan semangat berkobar-kobar ingin menuju ke tanah suci mekkah. Bondaku tidak mampu melihat anak-anaknya dan cucunya berada diluar pagar tidak tahan menahan sebak untuk meninggalkan kami, tidak bagi ayahandaku yang masih mampu melambai-lambai kami diluar pagar. Sejurus mereka bergerak masuk ke pintu Kompleks Tabung Haji berkenaan, kami hanya melihat mereka mengheret bag mereka dan diperiksa oleh pihak tabung haji dan tiada lagi kelihatan kelibat mereka selepas itu. Walaupun hati sayu,sedih melihat mereka, kami tetap mendoakan mereka disana sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan dan semoga diperoleh HAJI mabrur, amin... dan kami pulang dengan mata kemerah-merahan menahan sebak didada pulang kerumah pada jam 2 pagi.
No comments:
Post a Comment