I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 18, 2006

KAH KAH KAH!!

DOLLAH mahu pemain luah isi hati
Oleh Kamarulzaman Pid

PERLAWANAN menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu depan, menjadi medan penentu hidup atau mati skuad bimbingan jurulatih Dollah Salleh (gambar), dalam saingan Liga Super musim ini selepas mengakhiri pusingan pertama di tempat kedua tercorot, satu tangga di atas Pahang.

Tetapi sebelum beraksi di Ipoh nanti, Dollah mempunyai tugas getir yang mesti diselesaikan segera sebelum merencana taktikal menghadapi saingan skuad ‘Kejor Yob Kejor’ itu.

Masalah dalaman yang digembar-gemburkan berlaku dalam skuad Gergasi Merah itu perlu dilangsaikan segera jika tidak mahu ia membarah dan merosakkan keseluruhan pasukan.

“Saya mengakui memang ada sedikit masalah dalam pasukan ketika ini.

YANG PENTING SABTU NIH PERAK MENANG!!!! KEJOR YOB KEJOR!!! BELASAH SELANGOR CUKUP-CUKUP!!!

No comments: