I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 29, 2011

VIRUS ZOMBIE???

Tajuk Filem yang saya impikan selama ini...

KALAULAH SAYA BERDUIT....... Filem HORROR+ACTION pertama yang akan saya buat adalah...... VIRUS zombi menular ke malaysia!! (apa pendapat anda?) kisahnya tidaklah sama dengan kisah zombi kampung pisang arahan mamat khalid yang ala-ala komik+komedi. Kisah yang ingin saya adaptasikan dari gabungan-gabungan kisah filem zombie yang banyak dimainkan di negara-negara luar seperti LAND OF THE DEAD, DAWN OF THE DEAD dan sebagainya.

Tajuknya ialah SERANGAN VIRUS ZOMBIE KUALA LUMPUR!!

sinopsis: Zafrul seorang ahli patologi yang terkena jangkitan Virus (Penyakit misteri) di luar negara dan pulang ke tanah air cuba menjauhkan dirinya daripada keluarga, membawa dirinya ke satu lokasi rumah besar yang tidak berpenghuni... dan sepasukan ahli paranormal pula membuat tinjauan ke atas rumah tersebut untuk kajian paranormal telah dikejutkan dengan situasi cemas yang berlaku apabila seorang pemuda yang bernama (Zafrul) yang menghuni di rumah tersebut secara tiba-tiba berubah seakan-akan menjadi mayat yang hidup dikatakan terkena virus misteri itu mengganas dan menyerang ke atas kumpulan paranormal yang datang membuat tinjauan di rumah tersebut... apa yang akan berlaku selepas itu??


KALAULAH SAYA BERDUIT....... inilah filem yang saya akan buat! hehehehehehehe

(Gigitannya membawa anda ke dunia mayat hidup)

SERANGAN VIRUS ZOMBIE KUALA LUMPUR!!


PAWANG (Trailer pendek)

PAWANG

(Trailer pendek) yang dihasilkan dari 3 orang adik beradik yang mempunyai idea macam-macam.

Kisah yang dipaparkan di dalam Trailer pendek tersebut menggambarkan masih ada lagi masyarakat kita yang menggunakan khidmat bomoh/PAWANG untuk menganaiya dan menzalimi orang lain. Di dalam dunia yang makin pesat dan membangun, kita mengorak langkah kehadapan untuk memajukan sesuatu yang ingin kita miliki. Dari situ niat iri hati mula timbul dilakukan oleh masyarakat dan mula untuk membuat sesuatu dilakukan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

INGAT!! apa yang dilakukan kejahatan oleh kamu.. pasti ada balasannya di akhirat kelak.

Sedikit sedutan trailer yang kami hasilkan dari 3AJ entertainment Studios.

klik link video PAWANG




Thursday, November 24, 2011

Team Indonesia adalah HARIMAU?? bukan GARUDA


INFO:

Sekali lagi.. PSSI (Persatuan Bola Sepak Indonesia) masih belum boleh menerima kekalahannya, kali ini ia mengatakan gelaran HARIMAU adalah hak milik pasukan indonesia dan bukan GARUDA. (Pulak dah?? kekadang nak gelak pun ada dengan persatuan bola sepak indonesia ni)

Petikan dari blog darelaks:

PSSI dulu pernah punya timnas yang diberi nama PSSI Harimau, jadi julukan Harimau bukan hanya milik Malaysia, kita sudah menggunakannya hampir 40 tahun yang lalu.

Pengamatan saya.. Persatuan Bola Sepak Indonesia kini tidak boleh menerima kekalahan ke atas pasukan kebangsaan kita, jadi mereka ingin mengelak dari cemuhan dan cacian oleh rakyat mereka sendiri.. pelbagai alasan yang diberi bagi mengelakkan mereka di caci dan dimaki. Wahai PSSI.. terimalah hakikat KEKALAHAN GARUDA di baham HARIMAU MALAYA dengan seadanya.

YANG PENTING!! HARIMAU MALAYA ADALAH MILIK MALAYSIA!!

HIDUP MATIKU MALAYSIA!!


Jika anda ingin mengetahui apa yang berlaku ketika temasya suka sea di indonesia berlaku, sila layari Blog MAZIDUL AKMAL SIDIK.

Indonesia tidak layak menjadi tuan rumah apa segala event!

Wednesday, November 23, 2011

PSSI (Garuda) tak puas hati??

BOLA SEPAK

Nampaknya mereka betul-betul tak boleh menerima kenyataan sebenar yang pasukan GARUDA di baham HARIMAU MUDA kita. Apa-apa pun kita lihat sahaja gelagat persatuan bola sepak indonesia yang ingin mengadu kepada FIFA yang banyak menyatakan isu pengadilan yang diketuai oleh WASIT pada perlawanan akhir sukan sea tempoh hari.

BOLEH BACA PETIKANNYA DI SINI: KOMPAS BOLA


(GAMBAR) Petikan sebilangan komen penyokong dan juga peminat fanatik pasukan garuda nampak sudah boleh menerima kekalahan, tetapi berbeza pada persatuan bola sepak indonesia itu sendiri yang masih mempertikaikan isu pengadilan pada malam tersebut.

Ada juga sebilangan manusia ingin menjaja cerita (khabar angin) yang mengatakan Pengadil WASIT TOJU MINORU ditembak mati tepat dikepala. Cerita di ada-adakan ini juga membuat satu dunia memandang keji terhadap indonesia sendiri. (MEMALUKAN).

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!

HARIMAU MUDA MENGAUM!!

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU PIJAK GARUDA!!!


TAHNIAH!!

TAHNIAH KEPADA PASUKAN HARIMAU MUDA KITA YANG TELAH BERJAYA MEMBAWA PULANG IBU SEGALA PINGAT SUKAN SEA PADA TAHUN 2011 DI INDONESIA.

Banyak perkara kurang senang dan kurang enak diperkatakan selama temasya sukan sea diadakan. Keracunan makanan, masalah pengadil berat sebelah, rakyat indonesia tidak hormat lagu kebangsaan negara dan sebagainya. Yang menjadi tumpuan kita pada kali ini adalah PASUKAN HARIMAU MALAYA KITA YANG BERJAYA MENUTUP MULUT PENYOKONG-PENYOKONG FANATIK INDONESIA YANG MENCACI,MEMAKI,MENGUTUK PASUKAN KEBANGSAAN KITA, kemenangan adalah segalanya. Harimau muda telah menunjukkan taringnya setelah menewaskan GARUDA buat kali ke-3 berturut-turut pada tahun 2011 selepas kejohanan piala suzuki AFF awal tahun lalu yang dikendalikan jurulatih K.Rajagobal.

Kali ini, pasukan yang dibimbing ketua jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, Ong Kim Swee telah berjaya membawa pingat emas sukan sea yang amat bermakna! Menumpaskan pasukan tuan rumah di peringkat akhir sukan sea di sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Sebelum itu pada peringkat kumpulan, pasukan kebangsaan kita juga telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah indonesia 1-0 kali ke-2 dan melenyapkan 100,000 penyokong!! dan pasukan kebangsaan kita menjadi johan kumpulan bertemu myanmar dan berjaya menewaskan 1-0 di peringkat separuh akhir dan selepas itu kita bertemu semula pasukan garuda yang dikatakan begitu terlalu yakin boleh menewaskan pasukan HARIMAU MUDA kita dengan 5-0 kata jurulatih indonesia itu dengan bongkak.

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!


Tuesday, November 15, 2011

3AJ Entertainment


3AJ Entertainment

Bukan sebuah produksi yang hebat.. terkenal.. dan terkemuka.. asalnya kami 3 adik beradik yang kepala gila-gila. Kami tidak pro tentang pembikinan filem.. tapi, kami cuba menghasilkan beberapa filem pendek seperti BUDI trailer dan juga PAWANG yang pada ketika ini sedang hangat orang melihatnya di laman YOUTUBE.

Bagi kami 3 beradik yang sering menggemarkan filem-filem animasi, kami cuba membuat sketsa pendek amatur BUDI trailer yang lebih kurang kisahnya sama seperti filem HAQ yang ditayangkan di panggung diseluruh malaysia. Kisah yang memaparkan seperti ilmu persilatan yang menggunakan aura bertarung dengan kuasa yang dimiliki oleh mereka. Bukan senang untuk menghasilkan sesebuah babak tersebut, trailer yang sependek 3 minit, kami telah menghabiskan masa selama 3 jam untuk membuat aksi-aksi tersebut. Dan kemudian diperkemaskan pula dengan hasil teknik effect di studio 3AJ yang tak seberapa canggih seperti studio-studio lain. Teknik effect itu pula menghabiskan masa 4-5 jam untuk menghasilkan sebuah trailer pendek yang telah diperkemaskan oleh abang saya Alfee, tidak semudah itu yang difikirkan oleh masyarakat semua apabila sesorang pengarah filem untuk menghasilkan filem yang menarik!

Nantikan post yang ke-2 untuk paparan 3AJ mula mengorak langkah ke bidang rakaman PARANORMAL.

Monday, November 14, 2011

9 MALAM KAWASAN PERUMAHAN INI JADI SUNYI!!

Jam 9 malam kawasan rumah ni dah sunyi bang! 'kata salah seorang (remaja) penduduk di kawasan perumahan tersebut. 'apa yang berlaku sebenarnya disini? kata kami' dah 3 minggu kecoh pasal hantu pocong kat kawasan ni bang.. itu yang semua tak berani keluar selepas jam 9 malam. Sampaikan ada yang pesan kata kalau boleh jangan balik lewat selepas jam 9 malam! kata remaja tersebut.


(GAMBAR) kawasan yang sibuk menjadi sunyi padal setiap malam. Tetapi ada sebilangan penduduk (remaja perempuan) yang lepak di luar kawasan rumah sambil gelak ketawa pada jam 12 malam.

(GAMBAR) kami bergerak ke setiap lorong dan kawasan perumahan untuk mencari hot spot.

(GAMBAR) Adam dan bro suhaimi menemuramah dan bertanyakan beberapa soalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang gangguan tersebut. Setelah kajian yang kami lakukan selesai.. kami beredar dari kawasan perumahan tersebut pada jam 1.30 pagi.

Tiada perkara aneh yang berlaku di kawasan tersebut.

Wednesday, November 02, 2011

SERAM dan MENAKUTKAN!! tapi.....

Begitulah yang kru 666 ungkapkan setelah melihat gambar waktu siang di lokasi sebelum kami bergerak kesana pada waktu malam. Kamu mula masuk ke kawasan sekitar Hospital tinggal tersebut dengan berhati-hati dan melihat keadaan sekeliling memang agak menyeramkan. Kami dipecahkan kepada 2 group, group pertama:

Kumpulan 1

1.Alfee
2.Azree
3.Asyraf
4.Atoi
5.Kak long jet

Kumpulan 2

1.Mazidul Akmal Sidik
2.Razali
3.Ustaz Din
4.Boy
5. Jamal (PENYINGKAP FAKTA) informer

Tepat jam 11 malam,hujan masih gerimis membasahi bumi, pergerakan kami terbatas, juga kepada kameraman kita saudara Alfee yang ingin merakamkan setiap pergerakan kru di dalam kawasan tersebut kerana masih hujan. Kru diberi 2 set walkie talkie kepada setiap kumpulan untuk senang kami berhubung jika berlaku kecemasan dan sebagainya. Selesai Razali memberi taklimat kepada semua kru tentang perkara-perkara yang patut kru patuhi diikuti dengan bacaan doa dari Ustaz Zaharudin wakil dari KASTURI SYIFA yang bersama membuat tinjauan dan kajian pada malam tersebut. Mazidul Akmal Sidik memberi arahan kepada Kumpulan pertama untuk mula mengorak langkah memasuki pagar, kami bergerak ke arah kiri kawasan lapang hospital tersebut. Langkah demi langkah kami menuju ke lokasi rumah mayat sementara yang dikatakan terlekak di kawasan pintu masuk sebelah kiri hospital terbabit. APA YANG TERJADI?? KISAHNYA ADA DISINI : http://penyingkapfakta666.blogspot.com atau http://3aj-entertainment.blogspot.com

Layari dan tonton setiap episode kami di sini: www.youtube.com/PAGparanormal

Tuesday, November 01, 2011

1.11.11 Paranormal


(1.11.11) Jam 11 malam kru 666 akan bergerak ke satu lokasi yang menarik pada harini.
Nantikan!!


UPDATE!!
Ada laporan mengatakan ada satu bangunan di Jalan Ampang, makhluk halus sering mengganggu pegawai keselamatan yang bertugas pada waktu malam. Ada juga yang menyatakan pada satu ketika ternampak kelibat askar jepun berkawat tanpa kepala, wanita berbaju putih berambut panjang kelihatan di atas bumbung dan mengilai. Info dari salah seorang pekerja disana.