I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 31, 2011

Momokan dari zaman berzaman!!

Info:

Apa yang anda fikirkan tentang team paranormal 666 ( PENYINGKAP FAKTA ) adalah kami BUKAN penangkap hantu, pemburu hantu dan sebagainya, adaian anda salah.. Mazidul Akmal Sidik yang mengetuai team 666 cuba membuat kelainan team 666 ini lain dari team paranormal yang ada di malaysia sekarang. Kami, cuba mengelak supaya tidak dimomokkan lagi oleh masyarakat yang ada sekarang, kami, cuba membantu masyarakat supaya mengelak dari tanggapan-tanggapan orang yang sering ditakutkan/menakutkan oleh masyarakat yang ada bercerita dari mulut ke mulut. Adakah puncanya datang dari kisah-kisah dan cerita di PANGGUNG?? cerita HANTU?? terpulang pada hak masing-masing untuk menilai.



Anak-anak kecil sering dimomokkan oleh ibu bapa sendiri dari kecil, CONTOHNYA:

kanak-kanak sedang bermain nyorok-nyorok, ibu dan bapa pula bersuara haaa! kena sorok dengan HANTU TETEK baru tahu...

Kanak-kanak bermain pada waktu petang menjelang ke waktu senja, ibu dan bapa juga bersuara, aloonngg!! masuukkk dah maghrib.. waktu ni syaitan keluar rumah!! (ada ke patut cakap dengan anak-anak sebegitu rupa?)

jadikan ia sebagai tauladan, buat yang terbaik untuk anak-anak kita supaya mengenali erti kehidupan sebenar dan tidak mudah ditakutkan dengan perkara-perkara sebegitu, InsyaAllah.


(gambar hiasan)

Adakah itu yang patut kita lakukan terhadap anak-anak kita sampai bila-bila? emosi kanak-kanak mungkin sedikit terganggu, dan akan diingat sampai bila-bila. Jadi kita cuba elakkan dari perkara sebegitu berlaku sekarang. Team 666 cuba merungkai/menyingkap adakah kawasan yang dikatakan itu berhantu? keras? dan sebagainya, dengan adanya alat-alat yang boleh membantu serba sedikit untuk team 666 membuat kajian, jika benar tempat itu ber ENTITI, kami akan kongsikan bersama anda, jika tiada apa yang berlaku juga kami akan kongsikan bersama.



Peralatan Team 666 untuk membuat kajian setiap aktiviti yang dijalankan.

MASTER CHEF MALAYSIA

JUMAAT jam 9 malam di astro ria.

Sesekali menonton rancangan realiti masakan memang menarik! mula-mula memang tak amik port pun pasal rancangan MASTER CHEF MALAYSIA ni, tapi bila dah layan sekali macam tertarik bila lihat masakan-masakan yang mereka pamerkan. Lagi-lagi masakan dari kaum adam, muka ganas+gangster, tapi masakan dia orang memang menarik tertarik ko memang de bom! hahahah apa-apa pun layan!!

Friday, October 28, 2011

AYAHANDA & BONDA TERCINTA ke KOTA SUCI MEKKAH

Labbaikallallahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik

Pemergian kedua orang tersayang ke tanah suci mekkah ayahanda dan bondaku untuk menunaikan HAJI tidak terungkap dik kata-kata olehku pada 27.10.2011 jam 1.25 pagi.

JAM 11 malam 26.10.2011, aku mengazankan untuk mereka berangkat keluar dari rumah menuju ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, terasa sayup dihati dan sebak didada yang teramat sangat, tetapi aku tetap menahan sebak itu sehingga menaiki kenderaan.Tiba di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jam 11.30 malam kami tetap ceria bersembang bersama mereka.Setelah membuat register di kotak KT80 kami semua menunggu dengan penuh tabah menanti jemaah HAJI untuk dipanggil jam 1.30 pagi untuk masuk ke dalam kompleks berkenaan.

Tepat Jam 1.25 pagi... jemaah-jemaah haji beratur panjang untuk berbaris masuk ke dalam kompleks,penerangan sedang diberikan oleh pegawai keselamatan di situ, hatiku mula terasa berdebar dan sayu melihat riak wajah kedua ayahanda dan bondaku.Apa yang boleh ku katakan, hanya berdoa semoga kedua ayahanda dan bondaku sihat sejahtera dan diperolehi HAJI mabrur.Selepas pintu hadapan dibuka jam 1.30 pagi, kedengaran laungan Labbaikallallahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik yang sangat menyentuh hatiku dan berginang air mataku melihat kedua ayahanda dan bondaku mula mengheret bag mereka menuju ke barisan hadapan, pelukan,dakapan dan ciuman aku terhadap ayahanda dan bondaku pada pagi itu tidak seperti sebelum ini yang pernah aku lakukan, tatapan wajah kedua-dua mereka tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan kata-kata, aku hanya berdiam tanpa mengeluarkan kata-kata, dan abangku juga adiku airmata mereka mula membasahi bumi sambil memohon maaf segalanya apa yang terbuku dihati.

Bergerak mereka didalam barisan, kami hanya mampu melihat mereka beratur dengan semangat berkobar-kobar ingin menuju ke tanah suci mekkah. Bondaku tidak mampu melihat anak-anaknya dan cucunya berada diluar pagar tidak tahan menahan sebak untuk meninggalkan kami, tidak bagi ayahandaku yang masih mampu melambai-lambai kami diluar pagar. Sejurus mereka bergerak masuk ke pintu Kompleks Tabung Haji berkenaan, kami hanya melihat mereka mengheret bag mereka dan diperiksa oleh pihak tabung haji dan tiada lagi kelihatan kelibat mereka selepas itu. Walaupun hati sayu,sedih melihat mereka, kami tetap mendoakan mereka disana sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan dan semoga diperoleh HAJI mabrur, amin... dan kami pulang dengan mata kemerah-merahan menahan sebak didada pulang kerumah pada jam 2 pagi.


Tuesday, October 25, 2011

HARI INI (SELASA) 25.10.2011

Battlefield 3 Limited Edition release pada hari ini.
Bersiap sedia pejuang-pejuang gamers untuk bertempur!!
Thanks to Wanmunak kerana sudi mendahulukan duitnya untuk cod game ni di S.A.G.E Jaya One Petaling Jaya.
klik link: MyGAMERS.NET
klik link: GAMERZUNITED.NET

Monday, October 24, 2011

Annual Concert TADIKA WAWASAN (Nur Dania)

Seronok bila pertama kali tengok annual concert anak-anak kecil yang comel molek beraksi di atas pentas. Rasa teruja pun ada untuk melihat anak sulung aku nur dania untuk beraksi kali pertama di atas pentas dan di khalayak ramai. Apa-apapun dania memang buat yang terbaik menari di atas pentas tanpa rasa gugup dan takut.



TADIKA WAWASAN

KAKAK DAN ADIK

PERSEMBAHAN DARI KANAK-KANAK YANG BERUMUR DARI 3 TAHUN HINGGA 5 TAHUN

Untuk melihat video annual concert tersebut sila klik link ini: ANNUAL CONCERT TADIKA WAWASAN.

Tuesday, October 18, 2011

ADOBE PHOTOSHOP

Penggunaan Adobe Photoshop sering digunakan oleh jurukamera-jurukamera untuk memperkemaskan hasil yang telah mereka miliki. Jadi bagaimanakah bagi mereka yang ingin mempelajari Adobe Photoshop tersebut?? persoalannya.... berapa kos untuk menyertai kursus basic Adobe Photoshop tersebut?? adakah mampu bagi mereka yang kurang berpendapatan untuk mempelajarinya? setahu saya.. sesiapa yang ingin mempelajari Editing di kelas Adobe Photoshop, kosnya boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit.. seperti yang tertera di sini: Kursus Profesional Adobe Photoshop.






Kesudahannya.. Saya hanya mempelajari Adobe Photoshop dengan sendiri tiada ke kelas dan tiada ke kursus dan sebagainya. Dan sedikit hasil dari saya yang tak seberapa pandai menggunakan photoshop ini.




Monday, October 17, 2011

SAYA DAN MAZIDUL AKMAL SIDIK DAPAT HADIAH!!


Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Nicholas Tong yang memberi barang secara iklhas kepada saya dan abang mazidul akmal sidik.

LEGRIA 4GB + SD

AKU BERSAMA KRU 666 DI PWTC

Pelbagai ragam dapat disaksikan ketika berada di HALFEST (Halal Festival) di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kesibukan yang teramat sangat bagi kesemua kru 666 membantu Kasturi Syifa menjual minyak wangi yang telah diaurakan dengan ayat Al-Quran.

Peminat PENYINGKAP FAKTA dari sabah ini tidak melepaskan peluang untuk bertemu kru dan membeli baju FACT FINDERS.
Seorang lagi peminat 666 En.Suhaimin yang datang dari kampung medan selangor,datang ke PWTC semata-mata ingin melihat kru 666 di sana. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada En.Suhaimin yang sanggup datang dari jauh untuk member sokongan terhadap kru 666 PENYINGKAP FAKTA.

Ustaz Aznil menerangkan kepada tetamu yang hadir di halal festival sambil diperhatikan oleh kru 666 Asyraf,saya dan abang zali.

Kisah dan cerita selanjutnya ada di sini: http://penyingkapfakta666.blogspot.com/

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 04, 2011

ULU BENDUL & BUKIT PUTUS BARHANTU?? Part 2

Selepas selesai perkongsian cerita dari abang mazidul kisah-kisah BUKIT PUTUS kami sempat bergambar dengan kesemua 8 kru PENYINGKAP FAKTA 666 dengan 2 insan Fact Finders terpilih mengikuti kami membuat kajian PARANORMAL di ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS.

seterusnya kami teruskan perjalanan kami ke ULU BENDUL untuk berkumpul kesemua kru PENYINGKAP FAKTA sementara menunggu kehadiran wakil-wakil dari pihak sponsor team PENYINGKAP FAKTA iaitu dari pihak KASTURI SYIFA. Mewakili dari KASTURI SYIFA Ustaz Aznil tiba di ULU BENDUL di sebelah petang.

Setelah segala urusan sesi berjumpa dengan Fact Finders Negeri sembilan, aku dan abang razali diarahkan untuk mengambil nama dan setiap nombor i/c kru dan fact untuk didaftarkan di pejabat perhutanan ULU BENDUL untuk bermalam di situ.Setelah selesai proses pendaftaran nama kru di pejabat perhutanan ULU BENDUL aku diarahkan untuk membuat lawatan ke BUKIT PUTUS untuk mencari kawasan-kawasan hot spot disana bersama Alfee Jaafar dan 2 orang FACT FINDERS Jet Da Brutal dan Shaq.

Jet Da Brutal seorang (Lecturer Universiti Teknologi MARA) juga salah seorang kaum hawa pertama yang memberanikan diri bersama kru PENYINGKAP FAKTA membuat kajian paranormal pada kali ini.

Shaq seorang trainer yang juga bertuah dapat bekerjasama bersama kru PENYINGKAP FAKTA pada kali ini.

SEGALA HASIL AKAN AKU PAPARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA DISINI SEPANJANG KAJIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH TEAM PARANORMAL INVESTIGATOR 666 PENYINGKAP FAKTA.



kru 666 PENYINGKAP FAKTA (PAGparanormal)



PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH: terdapat imej entiti dikenali sebagai 'ectoplasma'
dikenali oleh pengkaji-pengkaji paranormal.

dicelahan sebatang pokok terdapat imej tersebut.

dikongsikan bersama anda.

ULU BENDUL & BUKIT PUTUS BARHANTU?? Part 1

Assalamualaikum.

1.10.2011 adalah tarikh yang dinantikan aku dan rakan-rakan kru PENYINGKAP FAKTA yang lain untuk membuat kajian PARANORMAL di satu kawasan yang dikenali orang ramai terletaknya di NEGERI SEMBILAN iaitu ULU BENDUL & BUKIT PUTUS.

Pelbagai kejadian tragis yang berlaku di ULU BENDUL, kisah 3 beradik yang dihanyutkan kepala air begitu deras dan laju. Bila melihat gambar 3 beradik itu bagaikan tidak menahan sebak dan ingin menitis air mata dengan apa yang berlaku pada tragedi itu. KISAHNYA ADA DISINI: TRAGEDI ULU BENDUL

BUKIT PUTUS pula pelbagai kejadian-kejadian aneh berlaku ketika memandu pada waktu malam disana. Cerita masyarakat dari mulut ke mulut masih belum menjelaskan dan membuktikan kesahihan sebenar apa yang ada di BUKIT PUTUS pada waktu malam. BERHANTU? ada bukti? tiada buat masa ini, cuma bualan mulut masyarakat setempat menjadikan kita terlalu taksub mendengarnya dan menyebarkan maklumat yang tanpa bukti kukuh itu kepada orang lain.




Pertama sekali aku ingin berkongsikan pengalaman aku sebagai pengkaji dunia paranormal bersama abang Mazidul Akmal Sidik dan rakan-rakan kru PENYINGKAP FAKTA yang ingin merungkai kejadian-kejadian aneh di 2 tempat berbeza itu pada 1.10.2011 tempoh hari. Aku dan 2 orang lagi adik dan abang aku, tidak lupa juga rakan karibku saudara Qaiyum atau dikenali sebagai Atoi yang mewakili kru PAGparanormal Malaysia (Pengembaraan Alam Ghaib Paranormal Malaysia) terpilih untuk menjadi kru PENYINGKAP FAKTA 666 di bawah kendalian abang Mazidul Akmal Sidik untuk menyingkap fakta-fakta yang ada di ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS.




Sebaik sahaja kami tiba dilokasi BUKIT PUTUS untuk mencari kawasan-kawasan hot spot untuk kajian pada malam hari,kami sempat diterangkan oleh abang mazidul akmal sidik menceritakan sedikit kisah-kisah BUKIT PUTUS yang dia ketahui.Pelbagai cerita dan kisah abang Mazidul Akmal kongsikan kepada kami,Terima Kasih diucapkan kepada abang Mazidul dengan kelebihan dia ada sebagai wartawan dikenali ramai di malaysia.

Selepas selesai perkongsian cerita dari abang mazidul kisah-kisah BUKIT PUTUS kami sempat bergambar dengan kesemua 8 kru PENYINGKAP FAKTA 666 dengan 2 insan Fact Finders terpilih mengikuti kami membuat kajian PARANORMAL di ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS.

Jadi, apa yang sebenarnya ada di ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS pada waktu malam? cerita-cerita dan kisah-kisah mistik lagi bermisteri itu kru PENYINGKAP FAKTA 666 akan merungkai segalanya. Nantikan sambungan kisah ini.


BERSAMBUNG....

Monday, October 03, 2011


JUMAAT: seperti biasa setelah selesai tugas bekerja di pejabat jam 5 petang aku dan isteriku bergegas pulang menuju ke sentul untuk bertemu anak-anak tersayang setelah 5 hari tepisah setiap minggu waktu bekerja.Hujan renyai mula membasahi bumi... Dalam keadaan tidak sabar aku yang menanti tiba di sentul untuk memeluk anak-anak tersayang aku menerima panggilan dari abang aku Alfee Jaafar pada waktu itu jam 5.45 petang dan ketika itu aku sudah pun melalu jalan pasar sentul dan di hadapan pasaraya ong tai kum sentul,aku menerima panggilan tersebut dengan tidak berfikir apa-apa pun kerana dalam pemikiranku ingin berjumpa anak-anak dan ingin membuat persiapan aku menuju ke ulu bendul negeri sembilan esok.Mungkin juga panggilan dari abang aku untuk menyatakan persiapan aku untuk hari esok.Tanggapan aku tidak betul.. malah dia mengatakan pada aku yang dia mengalami kemalangan teruk di flyover susur masuk ke penchala link selepas highway duke.Dan dia memerlukan bantuan dari aku untuk membantu dia pada ketika itu.Dan aku lantas masuk ke susur Highway Duke di hadapan pasaraya ong tai kim sentul menuju ke lokasi kemalangan.

Keadaan jalan yang basah dan licin, dalam pemikiran ku penuh dengan kata-kata.. dan terus membawa dengan pantas yang mungkin untuk melihat keadaan abang aku yang menggigil ketika membuat panggilan ke atas aku tadi.


(GAMBAR) ketika aku tiba di tempat kejadian.Melihat keadaan kereta memang terkejut! pertama saya mencari abang saya, keadaanya Alhamdulillah selamat,cuma mengalami kecederaan sedikit.


(GABAR 2) Keadaan kereta yang teruk, dan kami menunggu kereta tarik untuk membawanya ke workshop rakan kepada abang mazidul akmal sidik. Setelas selesai segala urusan melihat kereta ditarik menuju ke workshop, aku terus menuju pulang ke rumah sentul untuk menyampaikan hajat aku melihat anak-anak ku yang tersayang pada jam 7.15 malam.

apa-apa pun perjalanan hidup mati itu semua ditangan Allah S.W.T ingat orang yang tersayang.