I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 26, 2007



RC ROBINS 22

Wednesday, July 25, 2007

LOGO FAM TERKINI..



HINANYA HARIMAU MALAYA YANG TEMPANG...

Tuesday, July 17, 2007

SAUDARA AKU!!




SAUDARA AKU SHAHRUL NIZAM B. MUSTAPHA YANG BERASAL DARI NEGERI PERAK MEWAKILI PASUKAN MALAYSIA DI PERLAWANAN PIALA ASIA 2007 YANG SEKARANG MALAYSIA MENGALAMI DETIK-DETIK KEJATUHAN....

PEMINAT MALAYSIA MULA BERANG!!



Peminat yang hampa turun ingin melihat malaysia mengembalikan maruah negara setelah dibelasah pasukan cina berkecai... dibelasah oleh uzbekistan pula 5-0 angka digit menyerupai sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan malaysia yang ke 50! sudah 50 tahun kita merdeka.. adakah masih tiada pemain malaysia yang berbakat?? lihat kepada pasukan VIETNAM,THAILAND dan INDONESIA semua telah meningkat dan maju kedepan.. pasukan negara MALAYSIA juga masih ketinggalan jauh di belakang.... dikatan pasukan malaysia lebih bergaya dari bermain secara profesional.. FAM perlu memainkan peranan.. jika sebegini rupa FAM perlu bertindak dengan segera demi maruah pasukan bola sepak negara.. pwminat-peminat berharap tiada lagi orang-orang politik masuk campur dalam hal bola sepak negara.. ini semua kerana duit... hancur bola sepak negara... malu jika kanak-kanak di malaysia bermain bola di padang taman menggunakan nama pasukan negara lain... seperti BRAZIL,ARGENTINA!!

MAJULAH KEDEPAN DEMI BOLA SEPAK NEGARA.... MALAYSIA!!!

Thursday, July 12, 2007

LEMBIK MACAM BAPOK!!!




Malaysia tidak layak beraksi di Piala Asia, anak buah Norizan tak menyengat langsung




RUMUSAN kekalahan besar 5-1 Malaysia kepada China malam tadi cukup mudah dibuat iaitu Malaysia sebenar tidak layak beraksi dalam pentas Piala Asia.

Banyak sekali kepincangan dan kelemahan pemain kebangsaan, seolah-olah membayangkan mereka baru hendak bermain bola sepak dengan asas permainan seperti kawalan bola, hantaran dan penyudah depan gawang yang porak peranda.

Sebagai pasukan layak beraksi dalam Piala Asia atas tiket tuan rumah dan ranking dunia paling rendah antara 16 pasukan yang bertanding, sesungguhnya anak buah Norizan Bakar tiada sengat dan tidak langsung menggerunkan lawan.

Dengan baki dua perlawanan untuk diharungi lagi dalam Kumpulan C iaitu menentang Uzbekistan Sabtu ini diikuti pasukan pilihan Iran, Rabu depan, hakikat bahawa Malaysia bakal menjadi pasukan belasahan tempat semakin menjadi realiti.

Bagi Norizan, apa yang terdaya dilakukan sekarang ialah kembali menyuntik semangat dan menaikkan moral pemain dan mengelakkan daripada terus diaibkan.

“Sudah tentu moral pemain agak menurun dengan kekalahan besar ini tetapi saya mahu mereka melupakan apa yang berlaku dan menumpukan kepada perlawanan berikutnya kerana saingan kita masih ada dan belum berakhir.

“Memang ia satu permulaan yang buruk dan bukan yang kita cari-cari tetapi kita perlu mengakui hakikat China lebih handal dari segi fizikal dan skil, selain perancangan permainan kita untuk mengekang hantaran tinggi tidak berhasil.

“China berhasil untuk mengawal bola dan menggunakan kedua-dua sayap untuk melancarkan serangan dan ini menyebabkan pemain kita hilang tumpuan sehingga wujud ruang kosong yang digunakan sepenuhnya oleh China.

“Dalam keadaan terdesak ini, pemain hilang tumpuan sebagai satu pasukan dan apabila ada individu melakukan kesilapan ia memberi tambah memberi tekanan kepada pemain lain,” kata Norizan.

Malaysia bukan saja hilang disiplin tetapi juga persefahaman termasuk benteng pertahan rapuh dengan gandingan kapten Mohd Kaironnisam Sahabuddin Hussain dan Norhafiz Zamani Misbah tidak sekata dan berdepan masalah dengan hantaran tinggi China.

Selain itu, aksi penjaga gawang Azizon Kadir kurang meyakinkan. Ini ditambah dengan ketumpulan jentera serangan diketuai Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Hairuddin Omar yang tidak dapat menyudahkan beberapa peluang.

Hanya penyudah baik Indra Putra Mahyuddin untuk gol tunggal negara sedikit menceriakan kira-kira 40,000 penonton setia pada ketika mereka sudah mula mengejek pemain kebangsaan dan bersorak kepada setiap serangan China ketika Malaysia ketinggalan 4-0.

Kehadiran penonton yang boleh dianggap membanggakan malangnya tidak dapat dibalas dengan persembahan cemerlang pasukan kebangsaan sedangkan mereka sendiri merayu supaya peminat hadir beramai-ramai.

Pada ketika rakan tuan rumah bersama Indonesia, Vietnam dan Thailand bermula garang, sebaliknya Malaysia menjadi bahan jenaka dan prospek pertemuan dengan Uzbekistan dan Iran cukup menggerunkan untuk difikirkan.